Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Tular Polis Nafi Empangan Sibol Pecah

Published: 04 Jan 2021 6.54 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Johor Bahru, 4 Januari 2020 - Sebuah video yang tular di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp mendakwa Empangan Sibol di Kota Tinggi pecah adalah tidak benar, kata Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-tular-polis-nafi-empangan-sibol-pecah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:39 MYT
Johor Bahru, 4 Januari 2021 - Sebuah video yang tular di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp mendakwa Empangan Sibol di Kota Tinggi pecah adalah tidak benar, kata Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, di sini, semalam.
 
Dalam satu kenyataan di sini, beliau berkata hasil semakan mendapati tidak wujud Empangan Sibol di daerah berkenaan.

“Di Kota Tinggi tiada Empangan Sibol. Video yang tular ni adalah merupakan lokasi kolam takungan sisa Kilang Sawit Sibol B,” kata beliau.

Superintendan Hussin berkata anggota Polis Bandar Tenggara turut dihantar ke lokasi video berkenaan untuk memastikan maklumat yang diterima.

Selain itu, beliau juga mengesahkan tiada jalan raya yang dinaiki air akibat dari limpahan air tersebut kerana kedudukan kilang sawit Sibol B yang jauh dari laluan jalan raya.

Dalam video yang berdurasi 19 saat, kelihatan sebuah kolam didakwa empangan itu telah pecah dan airnya mengalir masuk ke ladang kelapa sawit.

Sumber: 

Video Tular Polis Nafi Empangan Sibol Pecah
https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/videos/315467289752804
ArticlePublished 04 Jan 2021 6.54 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM