Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Tular Polis Cekup Mat Rempit Buat Aksi Bahaya Di Lebuhraya

Diterbitkan: 27 Dec 2020 8.53 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 27 Disember 2020 - Sekumpulan penunggang motosikal dicekup pada Sabtu, selepas video aksi berbahaya mereka di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, di sini tular di aplikasi WhatsApp.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-tular-polis-cekup-mat-rempit-buat-aksi-bahaya-di-lebuhraya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:43 MYT
Kuala Lumpur, 27 Disember 2020 - Sekumpulan penunggang motosikal dicekup pada Sabtu, selepas video aksi berbahaya mereka di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, di sini tular di aplikasi WhatsApp.

Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, SAC Dato’ Mohd Nadzri Hussain berkata, tiga penunggang motosikal terbabit ditahan selepas pihaknya mengesan satu rakaman video berdurasi 38 saat menunjukkan suspek yang melakukan aksi 'zig-zag', menundukkan badan dan bersaing sesama sendiri.

"Bertindak hasil maklumat kira-kira jam 10.00 pagi, suspek pertama yang menetap di Puchong, Selangor berjaya ditahan sebelum membawa kepada tangkapan suspek kedua dan ketiga.

"Kesemua tangkapan kemudiannya dibawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menyita ketiga-tiga buah motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan Yamaha 135LC.

Tambah Dato’ Mohd Nadzri, siasatan mendapati ketiga-tiga suspek melakukan aksi tersebut kira-kira jam 12.50 tengah malam hari kejadian dan mereka dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah selepas singgah makan di Seremban, Negeri Sembilan.

"Kesemua tangkapan berusia 19 dan 20 tahun itu disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sumber:
Sinar Harian
dan Pemilik video

Video Tular Polis Cekup Mat Rempit Buat Aksi Bahaya Di Lebuhraya
ArtikelDiterbitkan 27 Dec 2020 8.53 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM