Artikel
Video Tular Pergaduhan Sekumpulan Individu Di Laman Pasar Siti Khadijah
Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud.
“Polis menjalankan siasatan lanjut behubung insiden pergaduhan melibatkan beberapa lelaki dan wanita dipercayai bergaduh kerana berebut pelanggan di kawasan gerai makan laman Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu pada Isnin.”
“Dua laporan polis telah diterima daripada kedua-dua pihak bersabit kejadian itu pada hari yang sama, bagaimanapun beberapa jam kemudian mereka telah menarik balik laporan tersebut.”
“Pihak polis akan terus menjalankan siasatan lanjut walaupun laporan polis ditarik dan tindakan susulan akan diambil. Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.”
Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud.

