Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Kena Seksa Dijual Jika Tak Capai Piawaian

Diterbitkan: 08 Nov 2023 8.52 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 8 November 2023 - Ramai rakyat Malaysia ke negara jiran untuk bekerja dengan sindiket penipuan pekerjaan antarabangsa dikesan gagal mencapai piawaian ditetapkan oleh syarikat atau kumpulan itu, sehingga mereka terdesak untuk segera pulang ke kampung halaman.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-kena-seksa-dijual-jika-tak-capai-piawaian
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 22:51 MYT
Kuala Lumpur, 8 November 2023 - Ramai rakyat Malaysia ke negara jiran untuk bekerja dengan sindiket penipuan pekerjaan antarabangsa dikesan gagal mencapai piawaian ditetapkan oleh syarikat atau kumpulan itu, sehingga mereka terdesak untuk segera pulang ke kampung halaman.

Meskipun digaji mencecah sekitar AS$2,000 (RM9,200) sebulan, kebanyakan mereka ini didakwa bukan sahaja gagal bekerjasama baik dengan sindiket, malah tidak mempunyai kebolehan tinggi untuk terbabit dalam aktiviti penipuan kewangan rentas global.

Situasi ini menyebabkan mereka mengalami pengalaman yang buruk seperti diseksa dan dipukul sehingga ada yang dijual kepada sindiket lain, selagi hutang perbelanjaan membawa mereka ke negara itu tidak dilunaskan.
Perkara itu didedahkan Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Fadil Marsus, berdasarkan siasatan yang dijalankan Polis Diraja Malaysia dalam kes pemerdagangan manusia.

Beliau berkata, ramai rakyat Malaysia yang ke sana tidak mengetahui tugasan atau skop kerja yang menanti dan hanya meninggalkan negara dengan cita-cita untuk mengumpul kekayaan hasil tawaran gaji yang tinggi.
Namun beliau berkata, ada risiko yang menanti mereka ini apabila tawaran pekerjaan yang diberikan sindiket ini sebenarnya adalah untuk melakukan penipuan kewangan di peringkat global.

“Seperti yang kita ketahui, trend penipuan kewangan dunia semakin hari semakin mencabar, sekali gus memerlukan dalang di sebalik jenayah itu turut "advance" dan mempunyai daya IQ (tahap kecerdasan) serta tahap komunikasi (menipu) yang tinggi.
“Sindiket sudah mengeluarkan perbelanjaan untuk membawa mereka ke sana dan sekiranya mereka tidak bekerjasama dengan baik, pastinya sukar untuk sindiket menerima mereka.

“Tiada halangan untuk mereka yang tidak kompeten ini balik tetapi sebelum itu perlu menjelaskan sejumlah wang yang dikeluarkan untuk perbelanjaan dari negara asal ke negara destinasi. Semua wang dikeluarkan itu dikira dan perlu dilunaskan mangsa termasuklah rakyat Malaysia. Inilah yang dinamakan ''debt-bondage,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
 
 
 
ArtikelDiterbitkan 08 Nov 2023 8.52 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM