Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Tular Kes Mendatangkan Kecederaan Sumber Kenyataan Ketua Polis Daerah Muar Acp Raiz Mukhliz Azman Aziz

Published: 14 Dec 2023 2.47 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
"Pada 13 Disember 2023 jam 11.00 pagi, terkesan satu video berdurasi 1 minit 40 saat mengenai kejadian seorang lelaki tempatan mengasari pekerja kedai telefon di Pagoh, Muar, Johor."
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-tular-kes-mendatangkan-kecederaan-sumber-kenyataan-ketua-polis-daerah-muar-acp-raiz-mukhliz-azman-aziz
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:33 MYT
"Pada 13 Disember 2023 jam 11.00 pagi, terkesan satu video berdurasi 1 minit 40 saat mengenai kejadian seorang lelaki tempatan mengasari pekerja kedai telefon di Pagoh, Muar, Johor."

"Hasil siasatan polis mendapati kejadian berlaku pada 12 Disember jam 1.10 petang, berpunca daripada ketidakpuasan hati pelanggan atas perkhidmatan yang diberikan lalu berlaku pertikaman lidah dan tindakan agresif oleh pelanggan terhadap jurujual berkenaan."
"Kedua-dua pihak telah tampil membuat laporan polis di Balai Polis Muar. Kes tersebut telah disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.”

"Polis Daerah Muar menasihati orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi terhadap video tersebut yang boleh menimbulkan kegusaran awam. Pihak polis tidak akan berkompromi terhadap kesalahan jenayah dan tindakan tegas berlunaskan undang-undang akan diambil."

Sumber kenyataan: Ketua Polis Daerah Muar, ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz

Video Tular Kes Mendatangkan Kecederaan Sumber Kenyataan Ketua Polis Daerah Muar Acp Raiz Mukhliz Azman Aziz
ArticlePublished 14 Dec 2023 2.47 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM