Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Tular Kejar Mengejar Oleh Unit Rondaan Bermotosikal Dan Orang Awam 301024

Published: 30 Oct 2024 11.49 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Shahrulnizam Ja'afar
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-tular-kejar-mengejar-oleh-unit-rondaan-bermotosikal-dan-orang-awam-301024
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:16 MYT
“Pada 27 Oktober 2024 jam lebih kurang 1.30 pagi, sewaktu menjalankan tugas rondaan cegah jenayah di kawasan Dataran Bandar Utama, Petaling Jaya, Unit Rondaan Bermotosikal telah terkesan seorang lelaki menunggang sebuah motosikal yang melanggar lampu merah.”

“Anggota polis telah berusaha menahan penunggang motosikal tersebut tetapi tidak berjaya kerana suspek enggan memberikan kerjasama dan melarikan diri memasuki Jalan Masjid menghala ke Pekan Kayu Ara.”

“Suspek telah menghilangkan diri dengan meninggalkan motosikal berhampiran tebing sungai bersama-sama sebuah helmet berwarna merah.”
“Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.”

Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Shahrulnizam Ja'afar

Video Tular Kejar Mengejar Oleh Unit Rondaan Bermotosikal Dan Orang Awam 301024
ArticlePublished 30 Oct 2024 11.49 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM