Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Terima Deklarasi Dan Penyerahan Memorandum Oleh Persatuan Pegawai Pegawai Polis

Diterbitkan: 30 Oct 2024 12.12 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 30 Oktober 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini hadir ke Sesi Deklarasi dan Penyerahan Memorandum Persatuan Pegawai-Pegawai Polis bagi Pelaksanaan Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-terima-deklarasi-dan-penyerahan-memorandum-oleh-persatuan-pegawai-pegawai-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:03 MYT
Kuala Lumpur, 30 Oktober 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini hadir ke Sesi Deklarasi dan Penyerahan Memorandum Persatuan Pegawai-Pegawai Polis bagi Pelaksanaan Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini.

Deklarasi Memorandum telah disampaikan oleh Presiden Persatuan Pegawai Kanan Polis, ACP Suffian Sulaiman yang mewakili Persatuan Pegawai Kanan Polis (PPKP) dan Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja (PPRPD) Malaysia.

Ianya sebagai usaha mendapatkan kelulusan pucuk pimpinan tertinggi PDRM terhadap suara persatuan dalam menyampaikan kegusaran denyut nadi warganya demi kepentingan kebajikan dan perihal perkhidmatan, agar manfaat yang diterima mampu memberikan motivasi ke arah memperkasakan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepolisan kepada masyarakat serta negara.

Terdahulu, turut berlangsung penyerahan memorandum penelitian dan kewajaran mengenai pelaksanaan SSPA PDRM kepada Tan Sri Razarudin yang diserahkan oleh wakil dari PPKP dan PPRPD Malaysia dengan disaksikan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Bukit Aman, CP Dato’ Mohd Roze Shaari yang mewakili Pengarah Pengurusan di pejabat KPN.

Hadir sama dalam sesi tersebut ialah DCP Dasar Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, DCP Mohd Asri Md Akhir, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Bukit Aman, DCP Ab Rahaman Arsad, Presiden Persatuan Pegawai Rendah Polis, Sub Inspektor Abdul Rashid Ali, wakil PPKP, wakil PPRPD, wakil PRP dan Konst Orang Asli serta wakil Unit 69 Komando.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin.

May be an image of 9 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 9 people, table, newsroom and text

ArtikelDiterbitkan 30 Oct 2024 12.12 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM