Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Tular Kejadian Pergaduhan Melibatkan Beberapa Individu

Diterbitkan: 22 Oct 2024 8.14 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.55 PM
"Pada 21 Oktober 2024, pihak polis telah menerima laporan pertama pada 1.25 pagi, manakala laporan kedua menyusul pada 10.58 pagi pada hari yang sama berkaitan pergaduhan yang melibatkan beberapa orang awam dengan seorang Pegawai Pejabat Menteri Besar Kedah di kawasan berdekatan tapak pasar malam Jalan Pegawai, Alor Setar."
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-tular-kejadian-pergaduhan-melibatkan-beberapa-individu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:50 MYT
"Pada 21 Oktober 2024, pihak polis telah menerima laporan pertama pada 1.25 pagi, manakala laporan kedua menyusul pada 10.58 pagi pada hari yang sama berkaitan pergaduhan yang melibatkan beberapa orang awam dengan seorang Pegawai Pejabat Menteri Besar Kedah di kawasan berdekatan tapak pasar malam Jalan Pegawai, Alor Setar."

"Video yang tular di media sosial dikatakan berlaku akibat perselisihan faham antara kedua-dua pihak tersebut. Siasatan awal polis mendapat kejadian berlaku pada 20 Oktober 2024 jam lebih kurang 11.50 malam."

“Laporan pertama disiasat mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan iaitu menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah atas kebangkitan marah yang besar, manakala laporan yang kedua mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan,”

"Pihak yang terbabit telah dipanggil untuk memberi keterangan dan orang ramai dinasihat tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan."

Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Siti Nor Salawati Saat

Video Tular Kejadian Pergaduhan Melibatkan Beberapa Individu
ArtikelDiterbitkan 22 Oct 2024 8.14 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.55 PM