Article
Video Tular Kejadian Pergaduhan Melibatkan Beberapa Individu
"Pada 21 Oktober 2024, pihak polis telah menerima laporan pertama pada 1.25 pagi, manakala laporan kedua menyusul pada 10.58 pagi pada hari yang sama berkaitan...
"Pada 21 Oktober 2024, pihak polis telah menerima laporan pertama pada 1.25 pagi, manakala laporan kedua menyusul pada 10.58 pagi pada hari yang sama berkaitan pergaduhan yang melibatkan beberapa orang awam dengan seorang Pegawai Pejabat Menteri Besar Kedah di kawasan berdekatan tapak pasar malam Jalan Pegawai, Alor Setar."
“Laporan pertama disiasat mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan iaitu menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah atas kebangkitan marah yang besar, manakala laporan yang kedua mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan,”
"Pihak yang terbabit telah dipanggil untuk memberi keterangan dan orang ramai dinasihat tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan."
Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Siti Nor Salawati Saat
