Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Tular Kejadian Pergaduhan Di Stesen Bas

Diterbitkan: 12 Oct 2024 3.19 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
"Pada 11 Oktober 2024 jam lebih kurang 9.30 pagi, pihak polis telah terkesan satu video tular di media sosial yang memaparkan kejadian pergaduhan melibatkan beberapa individu di dalam sebuah bas ekspress di sebuah stesen bas di kawasan Larkin, Johor Bharu."
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-tular-kejadian-pergaduhan-di-stesen-bas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:47 MYT
"Pada 11 Oktober 2024 jam lebih kurang 9.30 pagi, pihak polis telah terkesan satu video tular di media sosial yang memaparkan kejadian pergaduhan melibatkan beberapa individu di dalam sebuah bas ekspress di sebuah stesen bas di kawasan Larkin, Johor Bharu."

"Pada 10 Oktober 2024 jam lebih kurang 1.03 tengah hari, satu laporan polis telah dibuat oleh pengadu seorang lelaki warga tempatan berumur 22 tahun yang merupakan seorang pemandu bas."

"Bertindak atas maklumat, dua lelaki tempatan berusia 36 dan 40 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dalam pergaduhan antara 7.00 petang hingga 11.30 malam. Mereka ditahan di dua lokasi berbeza iaitu di Alor Gajah, Melaka dan Dataran Larkin."

"Hasil semakan rekod lampau, mendapati suspek pertama mempunyai tiga rekod dalam kes jenayah, manakala suspek kedua mempunyai satu rekod lampau, juga kes jenayah."

"Hasil saringan ujian air kencing yang dilakukan terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka negatif pengaruh dadah. Kedua-kedua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 12 Oktober 2024 untuk permohonan tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi pihak polis menjalankan siasatan lanjut."

"Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun atau dengan denda, atau dengan sebat, atau dengan mana-mana dua daripada seksaan-seksaan itu."

Sumber kenyataan: Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat

Video Tular Kejadian Pergaduhan Di Stesen Bas
ArtikelDiterbitkan 12 Oct 2024 3.19 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM