
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jpjkk Sempurnakan Perasmian Sambutan Hsn Peringkat Pdrm
Putrajaya, 12 Oktober 2024 – Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad hadir menyempurnakan perasmian...
Putrajaya, 12 Oktober 2024 – Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad hadir menyempurnakan perasmian sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tahun 2024 yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur (KL), di sini, pagi tadi.
Pelbagai aktiviti menarik sempena sambutan HSN kali ini antaranya acara Fun Ride 20 kilometer (KM), Fun Run 5KM, Brisk Walk 3KM, Senamrobik dan Sukaneka kanak-kanak.
Tidak ketinggalan mengambil bahagian, Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPK KL turut membuka pelbagai gerai jualan.
Turut hadir bersama Pengerusi PERKEP JPJKK, Datin Sarihah Jusoh, Pengerusi PERKEP IPK KL, Datin Zuraini Abdul Razak, barisan Ketua Jabatan dan warga Polis KL serta rakan media.
Sumber: Polis KL