Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Tular Kejadian Kecurian Bateri Kereta Di Batu Caves

Diterbitkan: 24 Oct 2024 2.34 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
“Pada 24 Oktober 2024 polis terkesan satu video tular di laman sosial memaparkan kejadian kecurian bateri kereta di kawasan parkir sebuah pasar raya di Batu Caves, Selangor.”
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-tular-kejadian-kecurian-bateri-kereta-di-batu-caves
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 18:30 MYT
“Pada 24 Oktober 2024 polis terkesan satu video tular di laman sosial memaparkan kejadian kecurian bateri kereta di kawasan parkir sebuah pasar raya di Batu Caves, Selangor.”

“Kejadian berlaku pada 22 Oktober 2024 apabila pemilik kereta cuba menghidupkan kenderaan itu pada jam 10.30 malam tetapi tidak berjaya lalu membuat pemeriksaan dan mendapati bateri kereta sudah tiada.”

“Pihak polis telah berjaya menangkap seorang lelaki tempatan yang terlibat dalam kejadian dan merampas barang kes iaitu satu bateri kereta.”

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379A (1) Kanun Keseksaan iaitu mencuri mana-mana bahagian komponen sebuah kenderaan bermotor.”

Sumber Kenyataan:

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir

Video Tular Kejadian Kecurian Bateri Kereta Di Batu Caves
ArtikelDiterbitkan 24 Oct 2024 2.34 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM