
Article
Video Tular Kecurian Beg Di Stesen Minyak
Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohamad Hatta Che Din
VIDEO TULAR: KECURIAN BEG DI STESEN MINYAK
"Pada 6 November 2024 jam 8.17 malam, pihak polis telah menerima satu laporan polis daripada seorang penghantar makanan Grab mengenai beg miliknya dicuri di Stesen Minyak Caltex, Citypark, Seremban 2".
"Hasil siasatan mendapati, suspek seorang lelaki berbangsa Melayu yang juga penghantar makanan Grab telah mengambil beg tersebut sebelum melarikan diri. Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu curi".