Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Dua Keldai Dadah Ditahan Di Lapangan Terbang Miri

Diterbitkan: 09 Nov 2024 5.01 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuching, 9 November 2024 - Dua ‘keldai dadah' mengaku menerima upah RM5,000 untuk membawa dadah dari Semenanjung, ketika ditahan ketika cuba membawa masuk dadah itu melalui Lapangan Terbang Miri.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-dua-keldai-dadah-ditahan-di-lapangan-terbang-miri
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:55 MYT
Kuching, 9 November 2024 - Dua ‘keldai dadah' mengaku menerima upah RM5,000 untuk membawa dadah dari Semenanjung, ketika ditahan ketika cuba membawa masuk dadah itu melalui Lapangan Terbang Miri.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato Mancha Ata, operasi yang dilancarkan Rabu lalu membabitkan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, selepas menerima maklumat bekalan dadah diseludup masuk ke Sarawak menerusi penerbangan dari Semenanjung.

Beliau berkata, semakan mendapati seorang suspek memiliki empat rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 448 KK dan Seksyen 457 KK.
“Pemeriksaan lanjut menemui dadah seberat hampir 22 kilogram (kg) di dalam bagasi kedua-dua lelaki itu iaitu 10.83kg pil Eramin 5, 4.1kg pil Ekstasi dan 7kg Syabu.

“Ujian saringan awal mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Methamphetamin, Amphetamine dan Benzo,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 09 Nov 2024 5.01 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM