Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Tular Insiden Mengangkat Pintu Pagar Dengan Tujuan Tarik Kereta

Diterbitkan: 24 Oct 2024 9.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
"Polis telah menerima laporan pada 22 Oktober 2024 jam lebih kurang 11.33 malam dalam kejadian yang berlaku di kawasan Meru, Klang."
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-tular-insiden-mengangkat-pintu-pagar-dengan-tujuan-tarik-kereta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:26 MYT
"Polis telah menerima laporan pada 22 Oktober 2024 jam lebih kurang 11.33 malam dalam kejadian yang berlaku di kawasan Meru, Klang."

"Kejadian tercetus apabila tiga suspek lelaki menaiki sebuah trak tunda telah mengangkat pagar sebuah rumah bagi tujuan menarik kereta milik pengadu yang mempunyai tunggakan sewa beli kereta selama enam bulan."

"Walau bagaimanapun, suspek gagal menunjukkan surat tarik kereta daripada pihak bank serta telah menceroboh masuk ke dalam kawasan rumah pengadu. Kes disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan."

Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Vijaya Rao Samachulu

Video Tular Insiden Mengangkat Pintu Pagar Dengan Tujuan Tarik Kereta
ArtikelDiterbitkan 24 Oct 2024 9.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM