Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Tular Individu Melarikan Barang Kemas

Published: 05 Jun 2024 11.26 AM Updated: 15 Aug 2026 8.08 PM
"Pihak Polis mendapati kejadian berlaku di sebuah premis kedai emas di Perda Utama, Bukit Mertajam. Semasa kejadian pengadu merupakan seorang jurujual di premis tersebut telah datang individu berpura-pura hendak membeli emas sambil pengadu melayan suspek dengan menunjukkan emas yang hendak dilihat."
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-tular-individu-melarikan-barang-kemas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 20:29 MYT
"Pihak Polis mendapati kejadian berlaku di sebuah premis kedai emas di Perda Utama, Bukit Mertajam. Semasa kejadian pengadu merupakan seorang jurujual di premis tersebut telah datang individu berpura-pura hendak membeli emas sambil pengadu melayan suspek dengan menunjukkan emas yang hendak dilihat."

"Semasa pengadu sedang membuat kiraan harga suspek telah mengambil emas yang diletakkan di atas meja kaunter dan terus melarikan diri. Ekoran daripada kejadian tersebut pihak PDRM telah menahan suspek di Sungai Petani, Kedah."

"Siasatan lanjut mendapati suspek merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 30-an dan mempunyai tiga rekod jenayah lampau."

"Pada 5 Jun 2024, suspek telah dituduh di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam."

Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Helmi Aris

Link Pautan: https://www.facebook.com/reel/862774089009483

Video Tular Individu Melarikan Barang Kemas
ArticlePublished 05 Jun 2024 11.26 AMUpdated 15 Aug 2026 8.08 PM