Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Tular Belasah Pasangan Suami Isteri Polis Tahan Dua Suspek

Published: 06 Jun 2019 2.52 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis telah menahan dua lelaki yang merupakan suspek utama dalam kejadian pergaduhan di hadapan sebuah premis kedai di Api-Api Centre, di sini, Selasa lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-tular-belasah-pasangan-suami-isteri-polis-tahan-dua-suspek
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:37 MYT


Kota Kinabalu, 6 Jun 2019 - Polis telah menahan dua lelaki yang merupakan suspek utama dalam kejadian pergaduhan di hadapan sebuah premis kedai di Api-Api Centre, di sini, Selasa lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata, suspek yang ditahan tersebut berusia 67 dan 37 tahun.

"Dua suspek berkenaan akan dituduh di mahkamah pada hari esok dan polis masih memburu beberapa individu yang turut terlibat dalam kejadian berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu, satu rakaman CCTV tular di media sosial semalam menunjukkan sepasang suami isteri telah dipukul oleh beberapa lelaki di hadapan sebuah kedai di Api-Api Centre.

Bacaan lanjut di https://www.utusanborneo.com.my/…/belasah-pasangan-suami-is…

ArticlePublished 06 Jun 2019 2.52 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM