
Op Selamat 15 Jspt Dan Anih Berhad Jayakan Kempen Jom Balik Kampung
OP SELAMAT 15: JSPT DAN ANIH BERHAD JAYAKAN KEMPEN JOM BALIK KAMPUNG
Gombak, 3 Jun 2019 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) hari ini mengadakan Kempen Jom Balik Kampung Op Selamat 15, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Kempen yang bermula jam 5.00 petang di Plaza Tol Gombak, dihadiri oleh Ketua Polis Negara, IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador diiringi Pengarah JSPT, DCP Dato' Azisman Alias.
Menurut Dato' Seri Abdul Hamid, kempen tersebut bertujuan memastikan pengguna jalan raya khasnya Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) kekal cergas ketika memandu pulang ke kampung halaman masing-masing.
"Menerusi kempen ini, kami dapat beramah mesra dengan pemandu kenderaan, mengagihkan beg berisi bubur lambuk dan risalah keselamatan jalan raya," katanya dalam sidang media sejurus selesai kempen tersebut.
Turut hadir, Pengarah Eksekutif Anih Berhad, Dato' Nik Fauzi Nik Hussein, Timbalan Pengarah JSPT (Penguatkuasaan/Kawalan Lalulintas/Pengurusan Saman), ACP Zulkifli Jonit, Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Haji Samsor Maarof dan rakan-rakan media.
Pengarah Eksekutif Anih Berhad, Dato' Nik Fauzi Nik Hussein menyambut ketibaan Pengarah JSPT, DCP Dato' Azisman Alias.
Pengarah Eksekutif Anih Berhad, Dato' Nik Fauzi Nik Hussein menyambut ketibaan Ketua Polis Negara, IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador.
Ketua Polis Negara, IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador mengagihkan beg berisi bubur lambuk dan risalah keselamatan jalan raya kepada pemandu kederaan di Plaza Tol Gombak.
Sesi penyampaian cenderahati.
Sesi sidang media oleh KPN di Kempen Jom Balik Kampung Op Selamat 15, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Plaza Tol Gombak.
Para petugas yang terlibat dalam Kempen Jom Balik Kampung Op Selamat 15, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Plaza Tol Gombak.
Sesi bergambar kenangan.