Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Tular Artikel Pilihan Lelaki Hina Islam Dan Nabi Ditahan

Published: 18 Jul 2022 12.03 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pemangku Ketua Polis Kelantan, DCP Dato' Muhamad Zaki Hj. Harun berkata, pihaknya menerima laporan pada 9.15 pagi tadi berhubung seorang individu yang menghina agama Islam melalui satu klip video.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-tular-artikel-pilihan-lelaki-hina-islam-dan-nabi-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:27 MYT
Kota Bharu, 18 Julai 2022 - Polis menahan lelaki yang didakwa mempersenda dan menghina agama Islam serta Nabi Muhammad SAW melalui hantaran video di media sosial, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, DCP Dato' Muhamad Zaki Hj. Harun berkata, pihaknya menerima laporan pada 9.15 pagi tadi berhubung seorang individu yang menghina agama Islam melalui satu klip video.

Katanya, suspek berusia 35 tahun yang tidak bekerja kemudiannya ditahan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang ketika melakukan serbuan di Kampung Bagan Chekok, Pulai Chondong, Machang, pada jam 11.30 pagi tadi.

"Hasil soal siasat, suspek mengaku memuat naik video yang menyebut perkataan penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

"Ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas suspek juga didapati positif dadah jenis Methaphetamine.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 298 dan 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan juga Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/.../lelaki-hina-islam-dan-nabi...
Sumber: Harian Metro

May be an image of 1 person
ArticlePublished 18 Jul 2022 12.03 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM