Artikel
Video Pilihan Timbalan Kpn Iringi Mdn Dalam Lawatan Kerja Ke Bahagian D11 Jsj Bukit Aman
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifudd...
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dalam satu lawatan kerja ke Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang terletak di Menara KPJ, Jalan Tun Razak.
Lawatan yang berlangsung kira-kira dua jam itu merangkumi sesi taklimat yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian D11, JSJ Bukit Aman, SAC Siti Kamsiah Hassan. Taklimat tersebut meliputi aspek tenaga kerja, statistik siasatan kes, ancaman jenayah semasa, pencapaian bahagian, cabaran semasa serta hala tuju strategik D11 dalam menangani jenayah seksual, wanita dan kanak-kanak.
Turut diadakan lawatan ke ruang operasi Bahagian D11, termasuk tinjauan ke Unit Siasatan Jenayah Siber (Internet) Terhadap Kanak-Kanak Malaysia (MICAC), bagi memberi gambaran lebih dekat mengenai proses siasatan serta kesiapsiagaan pasukan dalam menangani jenayah berasaskan teknologi dan eksploitasi kanak-kanak.
Pautan TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSHpJBK3Nrfx4-ADX3a/
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
