Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Iringi Mdn Dalam Lawatan Kerja Ke Bahagian D11 Jsj Bukit Aman

Diterbitkan: 22 Jul 2025 12.38 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 22 Julai 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, telah mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dalam satu lawatan kerja ke Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang terletak di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, di sini, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-iringi-mdn-dalam-lawatan-kerja-ke-bahagian-d11-jsj-bukit-aman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:04 MYT
Kuala Lumpur, 22 Julai 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, telah mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dalam satu lawatan kerja ke Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang terletak di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, di sini, petang tadi.

Ketibaan Datuk Seri Saifuddin sekitar jam 2.00 petang disambut oleh Tan Sri Ayob Khan bersama Pemangku Pengarah JSJ, DCP Dato’ Fadil Marsus, dan Timbalan Pengarah JSJ (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, DCP Datuk Mohamad Zainal Hj. Abdullah sebelum dibawa menandatangani buku pelawat.

Lawatan yang berlangsung kira-kira dua jam itu merangkumi sesi taklimat yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian D11, JSJ Bukit Aman, SAC Siti Kamsiah Hassan. Taklimat tersebut meliputi aspek tenaga kerja, statistik siasatan kes, ancaman jenayah semasa, pencapaian bahagian, cabaran semasa serta hala tuju strategik D11 dalam menangani jenayah seksual, wanita dan kanak-kanak.

Turut diadakan lawatan ke ruang operasi Bahagian D11, termasuk tinjauan ke Unit Siasatan Jenayah Siber (Internet) Terhadap Kanak-Kanak Malaysia (MICAC), bagi memberi gambaran lebih dekat mengenai proses siasatan serta kesiapsiagaan pasukan dalam menangani jenayah berasaskan teknologi dan eksploitasi kanak-kanak.

Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik Jeman, Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN, Datuk Zulkifli Abidin, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah, KPP Bahagian Kepolisan Kawalan Dalaman (D1), SAC Afzanizar Ahmad, KPP Urus Setia JSJ Bukit Aman, SAC Noor Azmi Yusoff serta barisan delegasi KDN.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 5 people

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 2 people and text that says 'ፍ2ት FARL X*'

ArtikelDiterbitkan 22 Jul 2025 12.38 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM