Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Pilihan Timbalan Kpn Hadir Majlis Pelancaran Program Wakaf Al Quran Peringkat Kebangsaan 2024

Diterbitkan: 02 Mar 2024 3.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Pelancaran Mushaf al-Huffaz dan Perasmian Program Wakaf al-Quran Peringkat Kebangsaan 2024 di Kompleks Nasyrul Quran, Presint 14, Putrajaya.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-timbalan-kpn-hadir-majlis-pelancaran-program-wakaf-al-quran-peringkat-kebangsaan-2024
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:52 MYT
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Pelancaran Mushaf al-Huffaz dan Perasmian Program Wakaf al-Quran Peringkat Kebangsaan 2024 di Kompleks Nasyrul Quran, Presint 14, Putrajaya.

Majlis anjuran Nasyrul Quran bersama Yayasan Restu telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri (TPM) merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, selaku Penaung Wakaf al-Quran Peringkat Kebangsaan, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dengan diiringi Timbalan Menteri Kerja Raya selaku Timbalan Pengerusi Yayasan Restu, Datuk Seri Hj. Ahmad Hj. Maslan.

Bertemakan “Gaya Hidup Islami”, majlis tersebut merupakan salah satu pengisian program sempena Restu Global Quranic Arts Festival (ReQAF) yang berlangsung selama 10 hari, bermula 23 Februari hingga 3 Mac 2024.

Sumber: PDRM RMP TV dan TikTok PDRMsiaOfficial
ArtikelDiterbitkan 02 Mar 2024 3.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM