Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Hadir Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Tiga Penjuru Antara Pdrm Jabatan Kimia Dan Jabatan Peguam Negara 16122025

Diterbitkan: 16 Dec 2025 1.10 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
George Town, 16 Disember 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay malam tadi berbesar hati menghadiri Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Tiga Penjuru antara Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia), Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berlangsung di G Hotel Gurney, di sini, malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-majlis-makan-malam-sempena-mesyuarat-tiga-penjuru-antara-pdrm-jabatan-kimia-dan-jabatan-peguam-negara-16122025
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:09 MYT
Timbalan Kpn Hadir Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Tiga Penjuru Antara Pdrm Jabatan Kimia Dan Jabatan Peguam Negara 16122025
Laman Utama / Artikel / Timbalan Kpn Hadir Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Tiga Penjuru Antara Pdrm Jabatan Kimia Dan Jabatan Peguam Negara 16122025
Kembali ke Pustaka
Artikel

Timbalan Kpn Hadir Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Tiga Penjuru Antara Pdrm Jabatan Kimia Dan Jabatan Peguam Negara 16122025

George Town, 16 Disember 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay malam tadi berbesar hati menghadiri Majlis Maka...
George Town, 16 Disember 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay malam tadi berbesar hati menghadiri Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Tiga Penjuru antara Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia), Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berlangsung di G Hotel Gurney, di sini, malam tadi.

Kehadiran Tan Sri Ayob Khan yang mewakili PDRM menzahirkan komitmen berterusan Pasukan dalam memperkukuh kerjasama strategik antara PDRM, KIMIA Malaysia dan Jabatan Peguam Negara, khususnya dalam mempertingkat keberkesanan penyiasatan, penyediaan bukti saintifik serta pendakwaan kes-kes jenayah.

Berucap dalam majlis tersebut, Tan Sri Ayob Khan menegaskan bahawa kejayaan ini terhasil daripada dasar dan prosedur yang ditetapkan, tetapi yang lebih utama ialah kekuatan hubungan profesional yang terjalin di antara agensi.
“Saya amat yakin bahawa apabila hubungan strategik ini kukuh dan utuh, segala bentuk kerjasama kita sama ada di bilik mesyuarat, makmal forensik, medan siasatan, mahu pun di kamar pendakwaan, akan menjadi lebih lancar, efisien dan berkesan,”ujar beliau.

Majlis ini turut menjadi platform pertukaran pandangan secara tidak formal antara ketiga-tiga agensi, sekali gus memperkukuh kefahaman bersama dalam menyelaras tindakan dan peranan masing-masing demi memastikan kelancaran sistem keadilan jenayah negara.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah NarkotikJ, CP Dato’ Hussein Omar Khan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Rusdi Mohd Isa, Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan 1, Jabatan Peguam Negara, Dato’ Razali Che Ani, Ketua Timbalan Pengarah (Dasar), ChM. Tuan Hj. Khairul Anuar Abdul Aziz dan Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato' Ts. Azizee Ismail.

Jurugambar: PDRM RMP TV
May be an image of text that says 'MAJLI SEMPENA @HAK @HAKTNNG POLIS JABAT JABA 15 DISEMBER 2025 P'

May be an image of table, lighting and text that says 'VIP'

May be an image of text that says 'PENJU YUARAT TIG DI ANTA AJA MAI IAI PEG 一 YSIA GA KIN P OUDI M EODO AYS IN PIA'

May be an image of dais and text

May be an image of text that says 'TIGA TI A PEN A MA ESYUAR DI ANT IRAJ I PEC C YS Y EG ۷ KIN IOTEL N GUI GEO LAY DWN PU'


ArtikelDiterbitkan 16 Dec 2025 1.10 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM