Artikel
Video Pilihan Timbalan Kpn Hadir Majlis Konvokesyen Cfip 2025
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Majlis Konvokesyen Program Pensijilan Penyiasat...
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Majlis Konvokesyen Program Pensijilan Penyiasat Kewangan Bertauliah (CFIP) 2025 yang berlangsung di Dewan Menara Seri Wilayah, Putrajaya.
Program CFIP yang dianjurkan oleh Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri itu merupakan satu inisiatif strategik untuk memperkukuh kompetensi pegawai penguatkuasa undang-undang daripada pelbagai agensi kerajaan, khususnya melibatkan pemantapan pengetahuan, kemahiran teknikal serta integriti dalam pelaksanaan siasatan kewangan secara profesional dan berkesan.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: PDRM RMPTV

