Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Pilihan Timbalan Kpn Hadir Majlis Hi Tea Penyerahan Sumbangan Tawp Kepada Peserta Detasemen Pesara Polis Sempena Hari Pahlawan 2024

Published: 30 Jul 2024 4.31 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Majlis Hi-Tea Penyerahan Sumbangan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) kepada peserta detasemen pesara polis sempena Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2024 bertempat di MTree Hotel, Puchong, Selangor.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-timbalan-kpn-hadir-majlis-hi-tea-penyerahan-sumbangan-tawp-kepada-peserta-detasemen-pesara-polis-sempena-hari-pahlawan-2024
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:20 MYT
Video Pilihan Timbalan Kpn Hadir Majlis Hi Tea Penyerahan Sumbangan Tawp Kepada Peserta Detasemen Pesara Polis Sempena Hari Pahlawan 2024
Home / Article / Video Pilihan Timbalan Kpn Hadir Majlis Hi Tea Penyerahan Sumbangan Tawp Kepada Peserta Detasemen Pesara Polis Sempena Hari Pahlawan 2024
Back to Library
Article

Video Pilihan Timbalan Kpn Hadir Majlis Hi Tea Penyerahan Sumbangan Tawp Kepada Peserta Detasemen Pesara Polis Sempena Hari Pahlawan 2024

Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Majlis Hi-Tea Penyerahan Sumbangan Tabung Aman...
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Majlis Hi-Tea Penyerahan Sumbangan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) kepada peserta detasemen pesara polis sempena Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2024 bertempat di MTree Hotel, Puchong, Selangor.

Sumbangan kebajikan berupa “mock cheque” telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Pengerusi TAWP, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah kepada 85 peserta detasemen pesara polis yang terdiri daripada 72 orang pesara lelaki dan 13 orang pesara wanita. Kesemua peserta telah menjalani latihan sempena sambutan peringatan Hari Pahlawan di Dataran Pahlawan, Putrajaya sejak 26 Julai lalu bersama beberapa detasemen yang lain.

Hadir sama, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim, Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan, barisan Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara Polis) Bukit Aman, SAC Alina Sa’ad, Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A. A. Anbalagan dan para pegawai Kementerian Dalam Negeri serta Polis Diraja Malaysia.

Sumber: PDRM RMP TV dan TikTok PDRMsia

Video Pilihan Timbalan Kpn Hadir Majlis Hi Tea Penyerahan Sumbangan Tawp Kepada Peserta Detasemen Pesara Polis Sempena Hari Pahlawan 2024
ArticlePublished 30 Jul 2024 4.31 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM