Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Hadir Majlis Hi Tea Penyerahan Sumbangan Tawp Kepada Peserta Detasemen Pesara Polis Sempena Hari Pahlawan 2024

Diterbitkan: 30 Jul 2024 3.58 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Serdang, 30 Julai 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Majlis Hi-Tea Penyerahan Sumbangan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) kepada peserta detasemen pesara polis sempena Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2024 bertempat di MTree Hotel, Puchong, Selangor, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-majlis-hi-tea-penyerahan-sumbangan-tawp-kepada-peserta-detasemen-pesara-polis-sempena-hari-pahlawan-2024
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:39 MYT
Timbalan Kpn Hadir Majlis Hi Tea Penyerahan Sumbangan Tawp Kepada Peserta Detasemen Pesara Polis Sempena Hari Pahlawan 2024
Laman Utama / Artikel / Timbalan Kpn Hadir Majlis Hi Tea Penyerahan Sumbangan Tawp Kepada Peserta Detasemen Pesara Polis Sempena Hari Pahlawan 2024
Kembali ke Pustaka
Artikel

Timbalan Kpn Hadir Majlis Hi Tea Penyerahan Sumbangan Tawp Kepada Peserta Detasemen Pesara Polis Sempena Hari Pahlawan 2024

Serdang, 30 Julai 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Majlis Hi-Tea Penyerahan Sumbangan Tabung A...
Serdang, 30 Julai 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Majlis Hi-Tea Penyerahan Sumbangan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) kepada peserta detasemen pesara polis sempena Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2024 bertempat di MTree Hotel, Puchong, Selangor, petang tadi.

Sumbangan kebajikan berupa “mock cheque” telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri (Timbalan MDN) merangkap Pengerusi TAWP, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah kepada 85 peserta detasemen pesara polis yang terdiri daripada 72 orang pesara lelaki dan 13 orang pesara wanita. Kesemua peserta telah menjalani latihan sempena sambutan peringatan Hari Pahlawan di Dataran Pahlawan, Putrajaya sejak 26 Julai lalu bersama beberapa detasemen yang lain.

Dato' Seri Ayob Khan yang mewakili Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam ucapannya berkata program yang julung kali diadakan sejak TAWP ditubuhkan pada tahun 1992 adalah sebagai tanda keprihatinan pihak Kerajaan serta Pasukan dalam aspek kebajikan para pesara polis selain dapat meringankan beban yang perlu ditanggung.

"Dengan penuh rendah diri, besarlah harapan kami sekiranya pihak Kerajaan dapat menunjukkan keprihatinan menerusi peruntukan geran tahunan, agar lebih banyak aktiviti kebajikan dapat dilakukan untuk memberi manfaat kepada pesara polis, bekas polis dan waris yang memerlukan bantuan,” tambahnya lagi.

Dalam majlis yang diadakan, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar berkesempatan beramah mesra dan menyantuni para pesara polis yang tidak melepaskan peluang hadir untuk mengenali lebih dekat kepimpinan tertinggi Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu.

Hadir sama, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim, Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan, barisan Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara Polis) Bukit Aman, SAC Alina Sa’ad, Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A. A. Anbalagan dan para pegawai KDN serta PDRM.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 4 people, crowd and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 2 people, dais and text that says 'MAJLIS MAJLISHI-TEA HI-TEA PENYERAHAN SUTRANGAN TABUNG AMANAH WARI POLIS (TAWP) OLEH YB DATUK SERI DR

May be an image of 1 person, crowd and text

May be an image of 7 people, dais and text
ArtikelDiterbitkan 30 Jul 2024 3.58 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM