Article
Video Pilihan Timbalan Kpn Hadir Lawatan Kerja Dan Penyampaian Amanat Di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay ketika menyampaikan amanatnya dalam lawatan kerja di Ibu...
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay ketika menyampaikan amanatnya dalam lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, di sini, hari ini.
Menurut Tan Sri Ayob Khan, setiap anggota Pasukan perlu melaksanakan amanah dengan penuh akauntabiliti, menjadikan integriti sebagai panduan utama. Pendekatan ini bukan sahaja mampu mengekang rasuah, tetapi turut meningkatkan kualiti perkhidmatan serta memulihkan kepercayaan masyarakat terhadap pasukan keselamatan negara.
Beliau turut menekankan kepentingan penyeliaan Sistem Kawalan Disiplin dan Dadah yang mesti dilaksanakan dengan betul. Penyelia juga perlu berani menegur pegawai atau anggota yang melanggar disiplin agar imej Pasukan sentiasa terpelihara.
Pautan TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSaCydrAc/
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: PDRM RMP TV
