Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Scam Alert Penyamaran Sebagai Peguam

Diterbitkan: 30 Jan 2026 1.00 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terhadap iklan di media sosial yang menyamar sebagai peguam dan menawarkan bantuan untuk mendapatkan semula wang yang hilang akibat penipuan. Taktik ini sering menyasarkan mangsa yang sedang terdesak dan mencari jalan penyelesaian.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-scam-alert-penyamaran-sebagai-peguam
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:00 MYT
 
Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terhadap iklan di media sosial yang menyamar sebagai peguam dan menawarkan bantuan untuk mendapatkan semula wang yang hilang akibat penipuan. Taktik ini sering menyasarkan mangsa yang sedang terdesak dan mencari jalan penyelesaian.

Kebanyakan pihak yang menawarkan perkhidmatan tersebut didapati tidak berdaftar dan tidak bertauliah, malah bertujuan memperdaya mangsa sekali lagi dengan meminta bayaran pendahuluan. Perlu diingat bahawa tiada jaminan wang yang telah ditipu boleh diperoleh semula.

Sehubungan itu, orang awam disaran supaya menyemak kesahihan peguam atau firma guaman melalui Badan Peguam Malaysia (Malaysian Bar) di www.malaysianbar.org.my serta melaporkan segera sebarang cubaan penipuan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.


May be an image of text that says 'AWAS PENYAMARAN SEBAGAI PEGUAM YANG DAPAT MEMBANTU MANGSA MEMULIHKAN KERUGIAN Have you fallen victim to online fraud? Do
ArtikelDiterbitkan 30 Jan 2026 1.00 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM