Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Pilihan Tiga Ahli Gisbh Mengaku Tidak Bersalah Atas 14 Pertuduhan Amang Seksual

Diterbitkan: 19 Sep 2024 6.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 2.26 AM
Mengikut pertuduhan, Muhammad Habib Noh Mohd Zairi, 21 tahun, dihadapkan atas empat pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta 792 atas pertuduhan melakukan beberapa perbuatan lucah kepada seorang kanak-kanak berusia 10 tahun pada 2022.Tertuduh juga didakwa di bawah Seksyen 14(b) akta sama dengan melakukan perbuatan amang seksual ke atas kanak-kanak berusia 10 tahun.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-tiga-ahli-gisbh-mengaku-tidak-bersalah-atas-14-pertuduhan-amang-seksual
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:29 MYT
Seremban, 19 September 2024 - Tiga lelaki yang mempunyai kaitan dengan GISB Holdings (GISBH) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 14 pertuduhan melakukan amang seksual kepada kanak-kanak jagaan rumah amal di sebuah Madrasah Tahfiz di Negeri Sembilan.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Habib Noh Mohd Zairi, 21 tahun, dihadapkan atas empat pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta 792 atas pertuduhan melakukan beberapa perbuatan lucah kepada seorang kanak-kanak berusia 10 tahun pada 2022.Tertuduh juga didakwa di bawah Seksyen 14(b) akta sama dengan melakukan perbuatan amang seksual ke atas kanak-kanak berusia 10 tahun.

Sementara itu, tertuduh kedua, Muhammad Khunais Fathie Khabil, 20 tahun, didakwa atas enam pertuduhan di bawah seksyen 14(a) Akta 792 yang mana tertuduh didakwa melakukan perbuatan amang seksual kepada kanak-kanak berusia 11 tahun.

Tertuduh ketiga pula, Ahmad Nadzful Izham Azizan, 22 tahun, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan dibawah seksyen 14(a) Akta 792.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.buletintv3.my/.../tiga-ahli-gisbh-mengaku.../

Sumber: Buletin TV3

Pautan Video:
https://www.facebook.com/watch/?v=393725630230437
ArtikelDiterbitkan 19 Sep 2024 6.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 2.26 AM