
Artikel
Update Artikel Pilihan Anak Pemimpin Utama Gisbh Antara Lima Ditahan Di Bukit Kayu Hitam
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata kejayaan menahan individu dan merampas dua kenderaan rekreasi yang mempunyai lambang GISBH dengan nombo...
Kuala Lumpur, 19 September 2024 - Polis menahan lima lelaki disyaki mempunyai kaitan dengan Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) dan merampas dua kenderaan rekreasi (“motorhome”) yang mempunyai lambang syarikat itu di Bukit Kayu Hitam menghala ke Thailand, kira-kira jam 6 petang, semalam.
"Hasil pemerhatian mendapati kenderaan tersebut bergerak ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Bukit Kayu Hitam menghala ke Thailand.
"Tindakan pemeriksaan telah dibuat dengan bantuan Jabatan Siasatan Jenayah Kedah dan telah berjaya menahan kenderaan itu serta sebuah kereta Myvi bersama lima lelaki berusia 28 hingga 41 tahun terbabit.
"Soal siasat awal dan proses dokumentasi masih dijalankan. Tangkapan dan rampasan akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../anak-pemimpin-utama-gisbh...?