Artikel
Video Pilihan Tiga Ahli Gisbh Mengaku Tidak Bersalah Atas 14 Pertuduhan Amang Seksual
Mengikut pertuduhan, Muhammad Habib Noh Mohd Zairi, 21 tahun, dihadapkan atas empat pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta 792 atas pertuduhan melakukan bebera...
Seremban, 19 September 2024 - Tiga lelaki yang mempunyai kaitan dengan GISB Holdings (GISBH) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 14 pertuduhan melakukan amang seksual kepada kanak-kanak jagaan rumah amal di sebuah Madrasah Tahfiz di Negeri Sembilan.
Mengikut pertuduhan, Muhammad Habib Noh Mohd Zairi, 21 tahun, dihadapkan atas empat pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta 792 atas pertuduhan melakukan beberapa perbuatan lucah kepada seorang kanak-kanak berusia 10 tahun pada 2022.Tertuduh juga didakwa di bawah Seksyen 14(b) akta sama dengan melakukan perbuatan amang seksual ke atas kanak-kanak berusia 10 tahun.
Sementara itu, tertuduh kedua, Muhammad Khunais Fathie Khabil, 20 tahun, didakwa atas enam pertuduhan di bawah seksyen 14(a) Akta 792 yang mana tertuduh didakwa melakukan perbuatan amang seksual kepada kanak-kanak berusia 11 tahun.
Tertuduh ketiga pula, Ahmad Nadzful Izham Azizan, 22 tahun, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan dibawah seksyen 14(a) Akta 792.