
Artikel
Video Pilihan Tetak Kaki Anjing Sampai Parah Lelaki Didenda Rm7 000
Padah menetak kaki seekor anjing betina sehingga cedera parah, seorang lelaki didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi. Hakim Manira Mohd. No...
Kuala Lumpur, 20 Julai 2020 – Padah menetak kaki seekor anjing betina sehingga cedera parah, seorang lelaki didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi.
Hakim Manira Mohd. Nor menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Amir Abd. Salim Meor Lope, 52, selepas lelaki itu mengaku salah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.
Mengikut pertuduhan pilihan, lelaki terbabit yang bekerja sendiri itu didakwa dengan kejamnya menyebabkan kesakitan yang tidak sepatutnya kepada seekor anjing di belakang bengkel kereta tidak bernombor di Jalan Miri, Taman Beringin di Jinjang Utara antara 4 hingga 5 Januari 2019.
Berikutan itu, pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 44(1)(d) Akta Binatang 1953 (Akta 647) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 44(1) akta sama (Pindaan 2013). Jika sabit kesalahan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.
Bacaan lanjut di pautan artikel Kosmo seperti berikut https://www.kosmo.com.my/2020/07/20/lelaki-tetak-kaki-anjing-betina-didenda-rm7000/
Sumber: Kosmo