Article
Video Pilihan Tan Sri Razarudin Legasi Kepimpinan Inspirasi Sepanjang Zaman
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN) selaku Yang Dipertua Mes Polis Diraja Malaysia (PDRM), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dan isteri merang...
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN) selaku Yang Dipertua Mes Polis Diraja Malaysia (PDRM), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dan isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Datin Sri Hjh. Munirah Che Rose berbesar hati meraikan KPN ke-14, Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri, Puan Sri Datuk Zainah Othman dalam Malam Mes sempena persaraan beliau sebagai KPN yang berlangsung di Hotel Sunway Resort, Subang Jaya pada 21 Jun 2025.
Majlis dengan penuh istiadat kepolisan anjuran Jawatankuasa Mes Pegawai Kanan PDRM telah membawa tema “Legasi Kepimpinan, Inspirasi Sepanjang Zaman”, bertepatan dengan kewibawaan, profesionalisme serta aura kepimpinan yang dimiliki oleh Tan Sri Razarudin sepanjang tempoh hampir 43 tahun berkhidmat dalam Pasukan.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: Koperal Muhammad Izqhar Zainal Ibidin dan Konstabel Muhammad Aizat Afiq Kamarudin

