Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Pilihan Siapa Kata Di Malaysia Tiada Superhero

Published: 02 Apr 2021 1.03 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Jika di luar negara ada Superman, Ironman atau Batman, di negara kita juga tidak kurang hebatnya ada Policeman! πŸ‘¨πŸΌβ€βœˆοΈ Betul tak?
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-siapa-kata-di-malaysia-tiada-superhero
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:22 MYT

Jika di luar negara ada Superman, Ironman atau Batman, di negara kita juga tidak kurang hebatnya ada Policeman!Β πŸ‘¨πŸΌβ€βœˆοΈΒ Betul tak?

Kebiasaanya kita hanya melihat pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia sentiasa ringan tulang membantu pengguna jalan raya yang dalam kesusahan kerana kerosakan kereta atau motosikal, namun sejak kebelakangan ini, "super power" mereka telah ditingkatkan dengan menolak lori yang rosak pula!Β Mungkin dek 'penangan' setelah diberi dua suntikan dos vaksin agaknya?

Syabas dan tahniah buat para anggota dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur yang telah membantu mengalihkan sebuah lori yang rosak di ibu kota. Berbekalkan semangat kerja berpasukan dan tulang empat kerat merekalah yang membolehkan pengguna jalan raya lain tidak mengalami kesulitan untuk menggunakan jalan tersebut.

'Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada.'

Sumber video: Orang awam

Video Pilihan Siapa Kata Di Malaysia Tiada Superhero
https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/833495914177277
ArticlePublished 02 Apr 2021 1.03 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM