Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Pilihan Sesungguhnya Dari Allah Kita Datang Dan Kepada Allah Kita Kembali

Diterbitkan: 18 Aug 2023 9.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
'Wahai jiwa-jiwa yang tenang tenteram (Muthmainah)! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhai! Masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurgaKu...' (Al-Fajr: 27-30)
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-sesungguhnya-dari-allah-kita-datang-dan-kepada-allah-kita-kembali
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 18:33 MYT
'Wahai jiwa-jiwa yang tenang tenteram (Muthmainah)! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhai! Masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurgaKu...' (Al-Fajr: 27-30)

Tiada siapa dapat menolak takdir namun bukan semudah itu keluarga mangsa-mangsa nahas Pesawat N28JV dapat menerima ketentuan Illahi. Mereka redha namun dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu peritnya kehilangan orang-orang tersayang.
Sedikit kata-kata semangat oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain dizahirkan ketika menyantuni keluarga mangsa di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor sebentar tadi agar mereka semua kuat dan tabah mengharungi detik-detik sukar ketika ini.

Bukan keluarga sahaja yang bersedih, namun para petugas keselamatan yang bertungkus-lumus menyelamatkan apa sahaja yang 'ditinggalkan' oleh mangsa-mangsa terkorban di lokasi kejadian, turut sama merasai kesedihan rentetan tragedi hitam itu.

Video Pilihan Sesungguhnya Dari Allah Kita Datang Dan Kepada Allah Kita Kembali
ArtikelDiterbitkan 18 Aug 2023 9.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM