Article
Video Pilihan Sesungguhnya Dari Allah Kita Datang Dan Kepada Allah Kita Kembali
'Wahai jiwa-jiwa yang tenang tenteram (Muthmainah)! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhai! Masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masukla...
'Wahai jiwa-jiwa yang tenang tenteram (Muthmainah)! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhai! Masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurgaKu...' (Al-Fajr: 27-30)
Sedikit kata-kata semangat oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain dizahirkan ketika menyantuni keluarga mangsa di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor sebentar tadi agar mereka semua kuat dan tabah mengharungi detik-detik sukar ketika ini.
Bukan keluarga sahaja yang bersedih, namun para petugas keselamatan yang bertungkus-lumus menyelamatkan apa sahaja yang 'ditinggalkan' oleh mangsa-mangsa terkorban di lokasi kejadian, turut sama merasai kesedihan rentetan tragedi hitam itu.

