Article
Video Pilihan Senyuman Si Kecil Hadirkan Kebahagiaan Di Hati
Di sebalik kesibukan rondaan sempena kejohanan Junior Cycling Malaysia 2026, Koperal Nasrul Musran dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejaba...
Di sebalik kesibukan rondaan sempena kejohanan Junior Cycling Malaysia 2026, Koperal Nasrul Musran dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh mencuri perhatian apabila mengukir detik manis dengan menghulurkan coklat kepada kanak-kanak di perkampungan Orang Asli, Sungai Rual, Jeli, Kelantan.
Senyuman polos si kecil yang terukir, sambil diperhatikan penuh kasih oleh ibunya, bukan sahaja memancarkan keikhlasan yang menyentuh hati, malah menjadi lambang kepercayaan masyarakat terhadap kehadiran anggota Polis Diraja Malaysia, sekali gus menyerlahkan nilai kemanusiaan yang sentiasa mewarnai setiap penugasan.
Momen ringkas itu bukan sekadar sebuah pemberian, bahkan menjadi pengubat rindu kepada keluarga tercinta serta penawar lelah dalam melaksanakan tugas, sekali gus meninggalkan rasa bahagia yang kekal di hati.
Sumber: Polis Kontinjen Kelantan
