Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Pilihan Semarak Patriotisme Jiwa Merdeka

Diterbitkan: 11 Aug 2026 1.01 AM Dikemas kini: 21 Aug 2026 4.43 PM
Jom ikuti ucapan daripada Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Operasi Pencegahan/Analisa Pendataan/Koordinasi Sumber Sokongan), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, ACP Foo Chek Seng sempena menyambut bulan kemerdekaan. Hari Kebangsaan bukan sekadar mengenang sejarah perjuangan, tetapi menjadi ruang untuk kita menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan kepada tanah air.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-semarak-patriotisme-jiwa-merdeka
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:49 MYT
Jom ikuti ucapan daripada Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Operasi Pencegahan/Analisa Pendataan/Koordinasi Sumber Sokongan), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, ACP Foo Chek Seng sempena menyambut bulan kemerdekaan. Hari Kebangsaan bukan sekadar mengenang sejarah perjuangan, tetapi menjadi ruang untuk kita menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan kepada tanah air.

Keamanan yang kita nikmati hari ini lahir daripada pengorbanan dan kesatuan kita bersama. Justeru, marilah kita terus menghormati kepelbagaian, mematuhi undang-undang dan mempertahankan keharmonian yang menjadi kekuatan Malaysia.

Sebagai benteng keselamatan negara, Polis Diraja Malaysia percaya bahawa semangat patriotisme harus diterjemahkan melalui tindakan dan tanggungjawab setiap individu dalam menjaga keamanan, menghormati undang-undang serta memelihara keharmonian masyarakat.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Tahun 2026 🇲🇾❤️

ArtikelDiterbitkan 11 Aug 2026 1.01 AMDikemas kini 21 Aug 2026 4.43 PM