VIDEO PILIHAN: SEMARAK PATRIOTISME, JIWA MERDEKA
Mari ikuti bingkisan ucapan khas daripada Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Operasi Pencegahan / Analisa Pendataan / Koordinasi Sumber Sokongan), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, ACP Foo Chek Seng sempena menyambut Bulan Kemerdekaan.
Sambutan Hari Kebangsaan bukanlah sekadar detik untuk mengenang kembali lipatan sejarah perjuangan masa lalu, malahan ia merupakan wadah terbaik untuk kita terus menyemarakkan semangat patriotisme, memupuk perpaduan yang utuh, dan menyuburkan rasa kecintaan yang mendalam terhadap tanah air.