Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

VIDEO PILIHAN: PENGHARGAAN ORANG AWAM KEPADA (PDRM)

Diterbitkan: 11 Aug 2026 2.42 AM Dikemas kini: 21 Aug 2026 4.43 PM
Terima kasih kepada pemilik akaun TikTok Papafarish atas penghargaan yang dizahirkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya anggota dari Balai Polis Muar yang melakukan tugas rondaan cegah jenayah bagi memastikan keselamatan masyarakat terjamin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-penghargaan-orang-awam-kepada-pdrm-20260811
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:11 MYT
 
Terima kasih kepada pemilik akaun TikTok Papafarish atas penghargaan yang dizahirkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya anggota dari Balai Polis Muar yang melakukan tugas rondaan cegah jenayah bagi memastikan keselamatan masyarakat terjamin.

Kehadiran kereta peronda (MPV) PDRM di kawasan perumahan menjadi sebahagian daripada usaha memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

Rondaan dan pemantauan PDRM bantu meningkatkan kehadiran polis dalam komuniti serta menjadi langkah pencegahan terhadap perlakuan jenayah yang boleh menjejaskan keselamatan penduduk.

PDRM menasihatkan masyarakat agar sentiasa peka terhadap persekitaran dan segera menyalurkan maklumat mengenai aktiviti mencurigakan. Kerjasama erat antara polis dan masyarakat penting dalam mewujudkan komuniti yang selamat serta sejahtera.

Sumber: TikTok Papafarish

VIDEO PILIHAN: PENGHARGAAN ORANG AWAM KEPADA (PDRM)
ArtikelDiterbitkan 11 Aug 2026 2.42 AMDikemas kini 21 Aug 2026 4.43 PM