Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Pilihan Rokok Seludup Rm1 Juta Dirampas

Diterbitkan: 04 Jan 2022 8.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Johor Bahru, 4 Januari 2022 - Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 7,500 karton rokok tidak bercukai dianggarkan bernilai RM1.32 juta dalam serbuan di sebuah kilang kosong di Jalan Mutiara Emas, Taman Mount Austin, pagi semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-rokok-seludup-rm1-juta-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:51 MYT
Johor Bahru, 4 Januari 2022 - Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 7,500 karton rokok tidak bercukai dianggarkan bernilai RM1.32 juta dalam serbuan di sebuah kilang kosong di Jalan Mutiara Emas, Taman Mount Austin, pagi semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang, berkata dalam serbuan jam 10.30 pagi itu, seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun ditahan ketika memandu keluar dari pagar premis berkenaan.

Katanya, siasatan mendapati premis itu dipercayai dijadikan tempat penyimpanan sementara bagi penyeludupan rokok sebelum diedarkan di sekitar bandar raya ini.

"Kegiatan yang beroperasi sejak tiga bulan lalu itu dipercayai memperoleh bekalan dari negara jiran.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967, selain tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan untuk tindakan lanjut," katanya pada sidang media di Pusat Stor Polis Diraja Malaysia Johor, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut:


Video Pilihan Rokok Seludup Rm1 Juta Dirampas
ArtikelDiterbitkan 04 Jan 2022 8.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM