Artikel
Video Pilihan Program Lawatan Kerja Badan Kehakiman Ke Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menerima lawatan kerja daripada Badan Kehakiman Malaysia ke Makmal Forensik Pasukan...
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menerima lawatan kerja daripada Badan Kehakiman Malaysia ke Makmal Forensik Pasukan yang terletak di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur.
Lawatan ulung seumpama itu yang diketuai sendiri oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar Abang Hashim bersama Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Dato’ Abdul Rahman Sebli serta barisan Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Malaysia menjadi titik tolak untuk percambahan pandangan bagi memperkasakan sistem keadilan dalam negara.
Turut hadir meraikan delegasi Badan Kehakiman Malaysia tadi ialah Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Sumber: TikTok PDRMsia
