Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Bakal Jemaah Umrah Perkep Malaysia Dirai Dalam Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat

Diterbitkan: 07 Oct 2024 8.55 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Cheras, 4 Oktober 2024 – Seramai 24 bakal jemaah umrah yang terdiri daripada pegawai, anggota dan pegawai awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta ahli-ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia diraikan dalam Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat di kediaman rasmi Ketua Polis Negara (KPN), di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bakal-jemaah-umrah-perkep-malaysia-dirai-dalam-majlis-bacaan-yasin-dan-doa-selamat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 10:33 MYT
Cheras, 4 Oktober 2024 – Seramai 24 bakal jemaah umrah yang terdiri daripada pegawai, anggota dan pegawai awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta ahli-ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia diraikan dalam Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat di kediaman rasmi Ketua Polis Negara (KPN), di sini, pagi tadi.

Hadir mengimarahkan majlis tadi ialah KPN, IG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri merangkap Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman.

Majlis yang dipimpin oleh Pegawai dari Bahagian Agama dan Kaunseling Bukit Aman, Ustaz Zahari Ab. Talib dimulakan dengan bacaan yasin secara berjemaah sebelum diakhiri dengan doa selamat.

Berucap ringkas dalam majlis tadi, Puan Sri Datuk Zainah sempat menitipkan doa agar kesemua jemaah diberi keberkatan dan dipermudahkan segala urusan sepanjang berada di Tanah Suci.

Hadir sama barisan Pengarah PDRM, Timbalan Pengarah (Bahagian Agama & Kaunseling) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, DCP Datuk Azhan Abdul Halim, Komandan Maktab PDRM KL, DCP Dato' Pahlawan Shazeli Dato' Kahar, Komander Unit Tindakhas, SAC Ahmad Jeffri Abdullah, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah dan barisan Pengerusi PERKEP Jabatan PDRM.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.

May be an image of 4 people and dais

May be an image of 8 people, violin, dais and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 4 people, people studying and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 10 people and dais
ArtikelDiterbitkan 07 Oct 2024 8.55 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM