Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Pilihan Ppm Rampas Peralatan Tangkap Gamat Rm2 8 Juta Dan Tahan 11 Nelayan Vietnam

Diterbitkan: 20 May 2022 8.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Mereka ditahan bersama peralatan menangkap gamat dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM2.8 juta.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-ppm-rampas-peralatan-tangkap-gamat-rm2-8-juta-dan-tahan-11-nelayan-vietnam
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:48 MYT
Kota Kinabalu, 20 Mei 2022 - Pasukan Polis Marin (PPM) menahan dua bot bersama 11 nelayan warga Vietnam kerana menceroboh perairan negara di kawasan utara laut Pulau Langkayan, Sandakan, semalam.

Mereka ditahan bersama peralatan menangkap gamat dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM2.8 juta.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, ACP Ahmad Ariffin berkata, bertindak atas maklumat risikan awam dan tindakan pantas Unit Risikan Marin PPM Sandakan merangka pengoperasian membanteras pencerobohan bot-bot asing di kawasan berkenaan.

"Kita menahan 11 individu terdiri daripada juragan dan awak-awak warga Vietnam berusia lingkungan 10 hingga 49 tahun.

"Pemeriksaan awal didapati semua suspek tidak mempunyai keterangan diri serta tiada kebenaran atau permit bagi menjalankan aktiviti menangkap hidupan laut di perairan negara secara sah daripada Jabatan Perikanan Malaysia," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../ppm-rampas-dua-bot-tahan...
Sumber: Pasukan Polis Marin W4 Sabah dan Berita Harian
ArtikelDiterbitkan 20 May 2022 8.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM