Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Pilihan Polis Tumpas Sindiket Pengedaran Rokok Seludup Bernilai Rm13 87 Juta

Diterbitkan: 24 Jun 2021 8.35 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kepala Batas, 24 Jun 2021 – Polis Diraja Malaysia menumpaskan sindiket pengedaran rokok seludup selepas menyerbu satu gudang dan stor di Kampung Selamat, Tasek Gelugor dalam Op Kontraban, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-polis-tumpas-sindiket-pengedaran-rokok-seludup-bernilai-rm13-87-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:23 MYT
Kepala Batas, 24 Jun 2021 – Polis Diraja Malaysia menumpaskan sindiket pengedaran rokok seludup selepas menyerbu satu gudang dan stor di Kampung Selamat, Tasek Gelugor dalam Op Kontraban, semalam.

Dalam serbuan itu, polis merampas 18.49 juta batang rokok seludup dianggarkan bernilai hampir RM13.87 juta dan menahan lima lelaki warga tempatan berusia 36 hingga 63 tahun disyaki anggota sindiket berkenaan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Dato' Zainal Abidin Kasim berkata, serbuan dijalankan selepas polis Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas, Pasukan Gerakan Khas (PGK) KDNKA, Bukit Aman menjalankan risikan selama empat bulan.

"Dalam serbuan itu, polis turut merampas empat lori dan dua kereta bernilai RM300,000 dipercayai digunakan sindiket berkenaan menjalankan kegiatan penghantaran rokok seludup.

"Turut dirampas adalah wang tunai RM2,200. Nilai keseluruhan rampasan dalam serbuan ini hampir RM14.17 juta.

"Siasatan awal mendapati sindiket ini aktif melakukan kegiatan pengedaran rokok di bahagian utara dan tengah Semenanjung," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU), hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../bukit-aman-tumpas-sindiket...

Video Pilihan Polis Tumpas Sindiket Pengedaran Rokok Seludup Bernilai Rm13 87 Juta
ArtikelDiterbitkan 24 Jun 2021 8.35 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM