Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Pilihan Penghargaan Orang Awam Kepada Pdrm 20260606

Published: 06 Jun 2026 8.02 AM Updated: 15 Aug 2026 6.57 PM
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pemilik akaun TikTok Diari SYURGA atas perkongsian penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya buat Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam iaitu Inspektor Siti Nooridah Mohd Norddin bersama pasukannya yang telah meluangkan masa untuk merealisasikan impian seorang anak syurga autisme yang begitu mengagumi kerjaya polis.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-penghargaan-orang-awam-kepada-pdrm-20260606
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:16 MYT
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pemilik akaun TikTok Diari SYURGA atas perkongsian penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya buat Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam iaitu Inspektor Siti Nooridah Mohd Norddin bersama pasukannya yang telah meluangkan masa untuk merealisasikan impian seorang anak syurga autisme yang begitu mengagumi kerjaya polis.

Menerusi perkongsian tersebut, kanak-kanak berkenaan berpeluang melihat dengan lebih dekat kenderaan polis, berinteraksi dengan anggota PDRM serta menikmati pengalaman yang cukup bermakna dan menggembirakan.

Keprihatinan dan layanan mesra yang diberikan bukan sahaja menceriakan hari anak istimewa tersebut, malah meninggalkan kenangan yang akan terpahat dalam ingatan beliau dan keluarganya.

Usaha murni ini jelas mencerminkan nilai kemanusiaan dan keprihatinan warga Sang Saka Biru dalam menyantuni masyarakat khususnya dalam merealisasikan impian kecil serta berkongsi kasih sayang dengan anak-anak syurga autisme.

Sumber video: TikTok Diari SYURGA

Video Pilihan Penghargaan Orang Awam Kepada Pdrm 20260606
ArticlePublished 06 Jun 2026 8.02 AMUpdated 15 Aug 2026 6.57 PM