Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Pilihan Penghargaan Orang Awam Kepada Pdrm 20260413

Published: 13 Apr 2026 7.30 AM Updated: 15 Aug 2026 6.44 PM
#BiarJasaJadiKenangan Terima kasih kepada pemilik akaun Facebook Tadika Khalifah Intelek HQ atas perkongsian video penghargaan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara yang telah meluangkan masa hadir menjayakan program Road Safety Week bersama murid-murid taska. Menerusi rakaman tersebut, anggota PDRM telah memberikan pendedahan awal berkaitan kesela
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-penghargaan-orang-awam-kepada-pdrm-20260413
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:47 MYT
 
Terima kasih kepada pemilik akaun Facebook Tadika Khalifah Intelek HQ atas perkongsian video penghargaan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara yang telah meluangkan masa hadir menjayakan program Road Safety Week bersama murid-murid taska.

Menerusi rakaman tersebut, anggota PDRM telah memberikan pendedahan awal berkaitan keselamatan jalan raya di samping memperkenalkan peranan polis kepada murid-murid dalam suasana santai dan interaktif termasuk memberi peluang kepada mereka melihat serta mengenali kenderaan polis dengan lebih dekat.

Keprihatinan serta pendekatan mesra yang ditunjukkan bukan sahaja menceriakan suasana pembelajaran, malah berjaya menarik minat serta keterujaan kanak-kanak sepanjang program berlangsung.

Sumber video: Facebook Khalifah Intelek

Video Pilihan Penghargaan Orang Awam Kepada Pdrm 20260413
ArticlePublished 13 Apr 2026 7.30 AMUpdated 15 Aug 2026 6.44 PM