Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Pilihan Pengguna Penstriman Haram Terdedah Risiko Kebocoran Data Peribadi Pengarah Jsjk

Diterbitkan: 09 Jun 2022 9.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Mohd Kamarudin Md Din, orang ramai juga sebenarnya tidak sedar bahawa mereka terdedah kepada kebocoran data peribadi menerusi penggunaan penstriman haram.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-pengguna-penstriman-haram-terdedah-risiko-kebocoran-data-peribadi-pengarah-jsjk
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:48 MYT
Kuala Lumpur, 9 Jun 2022 - Industri penyiaran negara mengalami kerugian lebih RM3 bilion setahun akibat aktiviti penstriman haram dan cetak rompak.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Mohd Kamarudin Md Din, orang ramai juga sebenarnya tidak sedar bahawa mereka terdedah kepada kebocoran data peribadi menerusi penggunaan penstriman haram.

"Mereka yang dapatkan daripada kotak-kotak (penstriman haram) kualitinya amat kurang kalau kita bandingkan daripada yang sebenar dan jauh berbeza.

"Mereka ini juga terdedah kepada (kebocoran) maklumat dan mereka mungkin akan digunakan untuk scam (penipuan) yang lain. Jadi mereka kena fahamlah tentang perkara itu," jelasnya ketika hadir merasmikan Seminar Penguatkuasaan Penstriman dan Cetak Rompak Terhadap Industri Penyiaran di Dewan Ketua Polis Negara, Maktab PDRM di sini hari ini.

Jelasnya lagi, JSJK ketika ini sentiasa meningkatkan penguatkuasaan dan operasi yang dilakukan bagi membendung aktiviti berkenaan daripada terus menular.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.astroawani.com/.../pengguna-penstriman-haram...
Sumber: Astro AWANI


ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2022 9.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM