Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Pilihan Penerbit Filem Babi Didakwa Di Mahkamah Majistret

Published: 21 Jul 2021 8.53 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Petaling Jaya, 21 Julai 2021 - Seorang penerbit filem kontroversi bertajuk "BABI" didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mengambil bahagian dalam pengeluaran filem itu dan mempamer poster tanpa lesen daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), November tahun lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-penerbit-filem-babi-didakwa-di-mahkamah-majistret
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:47 MYT
Petaling Jaya, 21 Julai 2021 - Seorang penerbit filem kontroversi bertajuk "BABI" didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mengambil bahagian dalam pengeluaran filem itu dan mempamer poster tanpa lesen daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), November tahun lalu.

Tertuduh, Toh Han Boon, 35, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Han Boon didakwa mengambil bahagian dalam aktiviti pengeluaran filem "BABl" dan mempamerkan poster filem itu tanpa lesen sah daripada Finas di Mutiara Damansara di sini, jam 6 petang, pada 18 November 2020.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 22 (1) Akta Finas 1981 (Akta 244- pindaan 2013) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Zamriah Zarifah Aris menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan iaitu pasport diserahkan kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../penerbit-filem-babi...

ArticlePublished 21 Jul 2021 8.53 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM