Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Covid 19 Update Artikel Pilihan Lelaki Pertikai Kompaun Pelitup Muka Direman 4 Hari

Diterbitkan: 21 Jul 2021 6.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Petaling Jaya, 21 Julai 2021 - Seorang lelaki yang tidak memakai pelitup muka di sebuah stesen minyak dan mempertikai tugas polis serta mengeluarkan kata kesat direman empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-update-artikel-pilihan-lelaki-pertikai-kompaun-pelitup-muka-direman-4-hari
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:06 MYT
Petaling Jaya, 21 Julai 2021 - Seorang lelaki yang tidak memakai pelitup muka di sebuah stesen minyak dan mempertikai tugas polis serta mengeluarkan kata kesat direman empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Perintah reman sehingga Sabtu ini dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Iskandar Zainol terhadap suspek berusia 29 tahun itu.

Terdahulu, suspek yang bekerja sebagai ejen insurans ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 188 dan 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan multimedia.

Lelaki itu ditahan di kediamannya di sebuah apartmen di Bandar Sri Damansara, jam 10 malam tadi.

Dia kemudian dibawa ke mahkamah memakai baju lokap dan diwakili peguam Rahmat Hazlan.

Terdahulu, video berdurasi 15 minit 42 saat menunjukkan seorang lelaki singgah di sebuah stesen minyak di Sri Damansara, sebelum didatangi anggota polis selepas didapati tidak memakai pelitup muka.

Video itu kemudian tular di media sosial selepas suspek enggan memakai pelitup muka dan mendakwa dirinya ada membaca mengenai kajian yang menjelaskan memakai pelitup muka boleh dijangkiti bakteria.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../lelaki-pertikai-kompaun...

Lelaki pertikai kompaun pelitup muka direman 4 hari | Berita Harian
ArtikelDiterbitkan 21 Jul 2021 6.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM